suria

Permohonan Ditolak, PSM Tetap Sokong Pakatan

Dr Michael Jeyakumar
Dr Michael Jeyakumar
Dr Michael Jeyakumar

PETALING JAYA: Keputusan Pakatan Rakyat menolak permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyertai mereka tidak menjejaskan sokongan parti itu kepada pembangkang, tegas pemimpin Parlimen PSM, Dr Michael Jeyakumar.

"Kami menyokong Pakatan, perkara itu tidak berubah. Pada dasarnya kita merasakan mereka adalah lebih baik untuk negara, tidak mengamalkan dasar perkauman dan rasuah serta lebih komited kepada tadbir urus yang baik.

"Sokongan kami tidak tertakluk kepada sama ada pakatan itu melayan kita dengan baik, malah sebenarnya, mereka tidak melayan kita denga baik pun.

"Kami mempunyai perbezaan ideologi tetapi kita mesra Pakatan mesra terutamanya dalam menentang Barisan Nasional BN," katanya.

Beliau mengulas mengenai keputusan Pakatan Rakyat menolak permohonan parti itu untuk menyertai mereka.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, PAS, PKR dan DAP telah mengadakan perbincangan mengenai permohonan PSM sebelum pilihan raya umum yang lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain