suria

Siasatan Dimulakan Terhadap Insiden Runtuhan Jambatan Kedua P.Pinang

GEORGE TOWN: Siasatan awal berhubung insiden runtuhan penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan, akan memfokuskan kegagalan sokongan struktur.

Pengarah Jabatan Keselamatan, Kesihatan dan Pekerjaan Malaysia (JKKPM) Pulau Pinang, Mohd Anuar Embi pada Jumaat berkata, jabatan itu tidak akan menolak kemungkinan lain.

“Kami akan melihat rekaan dan pemasangan kerja-kerja struktur sokongan.

“Penyelenggaraan sokongan juga amat penting.

“Rekaan dan pemasangan yang salah, dan penyelenggaraan yang tidak cermat akan menyebabkan jambatan itu runtuh,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, Jumaat.

Artikel Lain