suria

Perjanjian Damai Filipina - MILF Akan Membuahkan Hasil Tidak Lama Lagi - Duta Filipina

KOTA KINABALU: Perjanjian damai antara Manila dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang dikendalikan oleh Malaysia akan membuahkan hasil tidak lama lagi.

Duta Filipina ke Malaysia J.Eduardo Malaya berkata, mereka menjangkakan "berita baik" sebaik sahaja syarat perjanjian antara Manila dan pihak-pihak berkenaan telah dimuktamadkan.

Perjanjian itu ditandatangani pada 15 Oktober tahun lepas.

"Kami gembira kerana setakat ini rundingan dengan MILF dan kerajaan berjalan dengan baik. Filipina adalah sebuah negara yang berkembang pesat, dan adalah penting agar keamanan dan kestabilan dipertahankan," katanya dalam ucapan alu-aluannya di Universiti Filipina.

Beliau berkata hubungan dua hala antara Malaysia, khususnya Sabah dengan Filipina, perlu diperkukuhkan kerana kedua-dua negara berkongsi budaya dan ekonomi yang sama serta terletak bersebelahan antara satu sama lain.

Artikel Lain