suria

Orang Ramai Digalak Hantar Pandangan, Cadangan Untuk Bajet 2014 - Ahmad Husni

IPOH: Orang ramai digalakkan untuk menghantar cadangan bagi penggubalan bajet tahun depan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, orang ramai boleh mengemukakan cadangan mereka kepada Kementerian Kewangan melalui e-mel, memorandum atau surat.

"Tidak ada pandangan yang betul atau salah.

"Kemukakan sahaja pendapat anda. Saya mempunyai satu pasukan untuk menilai idea-idea ini," katanya selepas bersarapan dengan penduduk Kampung Tengku Hussin, di sini, Sabtu.

Artikel Lain