suria

The Star Sangkal Dakwaan Tony Pua Berhubung Iklan DAP

Tony Pua
 Tony Pua
Tony Pua

KUALA LUMPUR: The Star telah menyiarkan ikaln parti DAP di stesen radio 988 dan Red FM namun hanya iklan di akhbar berkenaan ditolak kerana parti berkenaan enggan meletakkan logo mereka pada iklan tersebut.

Menurut jurucakap akhbar berkenaan, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Publisiti DAP Tony Pua dilihat dengan sengaja mengetepikan iklan radio parti berkenaan yang telah diterima dan disiarkan.

Beliau berkata penolakan iklan cetak tersebut tidak disebabkan mereka mewakili mana-mana individu, parti mahupun kumpulan.

Jurucakap itu berkata syarikat berkenaan tidak selesa dengan reka bentuk grafik iklan berkenaan yang ternyata bertentangan dengan Kod Pengiklanan Malaysia dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Iklan tersebut menunjukkan gambar calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali memegang keris dengan perkataan tertera, satu undi untuk MCA adalah undi untuk Umno dan Perkasa.

Beliau mendakwa ia akan menimbulkan sentimen perkauman dan DAP sendiri gagal menerangkan atas kapasiti apa Ibrahim mencium keris berkenaan.

"DAP tidak memberitahu bahawa sekiranya Ibrahim memegang keris itu pada acara silat atau perhimpunan politik dan dalam konteks apa ia dipaparkan sedemikian," katanya sambil menambah parti tersebut tidak dapat mengesahkan di mana gambar tersebut diambil.

Jurucakap itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pua yang mendakwa The Star telah memaparkan iklan cetak yang menunjukkan Ibrahim memegang keris dengan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Nordin.

Beliau berkata DAP telah menolak supaya logo parti itu diletakkan dalam iklan itu dan mereka juga pada akhirnya bersetuju untuk mengeluarkan gambar keris berkenaan daripada iklan tersebut.

"Apabila semuanya siap, ia telah melepasi tempoh membuat tempahan dan cetakan. Nampak seperti DAP telah merancang supaya iklan mereka ditolak, sebelum dihantar kembali untuk melakukan perubahan untuk melakukan serangan terhadap The Star," katanya.

Menurutnya mengikut prosedur biasa bahan iklan mesti dihantar tiga hari lebih awal namun tempoh berkenaan DAP diberi pengecualian dengan tempoh kruang daripada 24 jam diberikan untuk mererka membuat perubahan pada iklan tersebut.

Dia kesal kerana DAP tidak pernah mengaku bahawa radio 988 telah menyiarkan iklan mereka.

"Dalam keadaan biasa, setiap bahan iklan perlu dihantar tujuh hari lebih awal namun dalam kes DAP mereka diberi pengecualian untuk membuat penukaran pada iklan mereka di saat akhir.

"DAP juga telah diberikan diskaun yang banyak untuk iklan tersebut di sebuah lagi radio milik The Star, Red FM, yang mana Pua tidak pernah langsung sebut mengenainya. Dia (Pua) mungkin akan mengatakan dia tidak terlupa mengenai perkara tersebut," katanya.

Jurucakap itu berkata iklan dalam bentuk politk boleh diterima namun ia perlu menjauhi unsur-unsur kontroversi atau menyerang mana-mana pihak, ini kerana ia akan meningkatkan ketegangan antara kaum.

Jelasnya, The Star telah menyiarkan berita dan gambar DAP di laman utama akhbar berkenaan serta kolum 'Metro Central'.

Di 'Metro North', keseluruhan muka surat didekasikan dengan berita mengenai ceramah mega DAP di Pulau Pinang.

Beliau berkata Pua juga telah diberi liputan dalam akhbar tersebut serta portal atas talian mereka sejak kempen pilihan raya bermula.

Sejak seminggu lalu sahaja, The Star telah menyiarkan dua laporan berita mengenai Pua bersama-sama gambarnya serta kesibukan beliau berkempen di kerusi Parlimen yang disandangnya di Petaling Jaya Utara.

"Beliau juga telah dijemput sebagai tetamu dalam rakaman video yang dijalankan bersama The Star Online, yang mempunyai pengunjung melebihi 40 juta.

"Kita kesal kerana dia tidak berterima kasih terhadap apa yang The Star telah lakukan untuknya. Kita juga kesal beliau tidak berterus-terang dalam isu," kata jurucakap berkenaan.

Artikel Lain