suria

Transformasi Pengangkutan Awam Penting Bagi Capai Status Negara Maju - PM

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersalaman dengan orang ramai sambil membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) Mohd Faisal Abdul Hamid, 29, untuk menaiki bas semasa hadir bagi lawatan kerja perdana menteri bersama rakyat ke Terminal Sentral Kuantan di Bandar Indera Mahkota, di Kuantan pada Khamis. -Foto BERNAMA

KUANTAN: Transformasi pengangkutan awam penting bagi mencapai status negara maju, dan keberkesanannya membolehkan rakyat di bandar dan luar bandar menikmati hidup yang lebih selesa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata dengan adanya perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan, ia akan turut membantu meningkatkan indeks kesejahteraan hidup rakyat di negara ini.

Untuk itu, usaha meningkatkan sistem pengangkutan awam merupakan satu daripada bidang keberhasilan utama negara, dan kerajaan akan melakukan perubahan dan transformasi itu secara teratur, katanya dalam ucapan semasa mengadakan lawatan kerja ke terminal bas Kuantan Sentral di bandar Indera Mahkota, di sini, Khamis.

Terminal tersebut yang dibina dengan kos RM55 juta akan memulakan operasi Jun ini, mampu menempatkan 46 buah bas pada satu-satu masa serta mempunyai kemudahan 354 petak meletak kenderaan dan 170 petak meletak motosikal, medan selera dan dua unit restoran makanan segera.

Dalam menentukan kejayaan sesebuah negara, Najib berkata kerajaan tidak guna satu kriteria sahaja, dan tahap kesejahteraan hidup adalah termasuk dalam model ekonomi kerajaan.

"Ia termasuk menambah baik sistem pengangkutan awam bagi memberikan keselesaan kepada rakyat untuk mengelak kesesakan lalu lintas kerana jika rakyat buang masa di dalam traffic jam tahap keselesaan rakyat akan menurun," katanya. Najib dalam ucapannya turut membidas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dikatakan meminta lima tahun lagi daripada rakyat negeri itu untuk membuktikan yang PKR mampu melunaskan janji-janji yang dibuat kepada rakyat dalam pilihan raya sebelum ini.

"Cuba bentang kad laporan kepada rakyat Selangor, dalam lima tahun lepas, apa yang dia (pembangkang) bagi pada Selangor. Ini dah kena saman dengan ibu tunggal, janji nak bagi RM100 sebulan, tapi janji tinggal janji sahaja.

"Kita perlu lihat apa kesudahan jika tukar kerajaan. Kalau semua kita dah dapat (dengan kerajaan sedia ada) kenapa perlu tukar sedangkan kerajaan Barisan Nasional mampu mengisi harapan rakyat," katanya.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Saffian Ismail.

Pada majlis itu juga Najib turut mengumumkan perkhidmatan percuma bas RapidKuantan akan dilanjutkan sehingga akhir Mei ini. -BERNAMA

Artikel Lain