suria

Jangan Buat Pilihan Ikut Emosi - Hamisa

TAWAU: Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Batu di Sabah diingatkan supaya membuat pilihan dengan bijak dan tidak mengikut emosi yang boleh merugikan diri sendiri dan generasi akan datang.

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi DUN itu Datuk Hamisa Samat ketika memberi ingatan itu, berkata undi yang dibuat mengikut emosi boleh menyebabkan seseorang itu membuat pilihan yang salah. "Ketika memilih kerajaan, jangan pilih dengan emosi, jangan sampai tersalah pilih...pihak yang di sebelah sana (pembangkang) hanya boleh buat provokasi untuk melemahkan semangat kita," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

DUN Tanjong Batu yang terletak di bawah kawasan Parlimen Kalabakan mempunyai 18,386 pengundi berdaftar. Pada pilihan raya umum ke-13 ini, Hamisa yang merupakan penyandang kerusi DUN itu ditentang calon PAS Fatmawaty Mohd Yusuf.

Hamisa berkata BN yang memerintah negara ini sejak mencapai kemerdekaan tidak pernah melupakan kebajikan rakyat serta setiap masa mendahulukan rakyat untuk menikmati keharmonian dan keselesaan hidup.

"Saya menyeru pengundi DUN Tanjong Batu agar memberi mandat kepada kerajaan BN sedia ada. Rakyat tidak perlu ragu dengan keupayaan kerajaan BN. Kerajaan B Ntelah membuktikan segalanya. Banyak lagi pembangunan akan dilaksanakan," katanya. -BERNAMA

Artikel Lain