suria

Wartawan, Jurugambar Berkumpul Di Luar Istana Pagi Ini

Kenderaan dinaiki Najib tiba di Istana Negara pada pukul 8.25 pagi Rabu.AZMAN GHANI/TheStar
Kenderaan dinaiki Najib tiba di Istana Negara pada pukul 8.25 pagi Rabu.AZMAN GHANI/TheStar
Kenderaan dinaiki Najib tiba di Istana Negara pada pukul 8.25 pagi Rabu.AZMAN GHANI/TheStar

KUALA LUMPUR: Sekumpulan jurugambar dan wartawan menunggu di luar perkarangan pintu masuk ke Istana Negara seawal 7 pagi membuat liputan kemungkinan pengumuman pembubaran Parlimen pada Rabu.

Selain kehadiran sekumpulan wartawan, beberapa pelancong turut tiba dengan menaiki bas sebagai sebahagian daripada rutin program dalam lawatan mereka.

Kenderaan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi polis pengiring dilihat memasuki Istana Negara kira-kira pukul 8.30 pagi.

Najib mengadakan pertemuan pada Rabu setiap minggu dengan Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet.

Fokus kini tertumpu kepada mesyuarat Kabinet selepas beberapa khabar angin mengenai sama ada Najib akan mempengerusi mesyuarat tersebut buat kali terakhir sebelum membubarkan parlimen.

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri yang meminta ahli Jemaah Menteri untuk berpakaian sut serba gelap yang dipadankan dengan tali leher merah untuk sesi bergambar kenang-kenangan yang terakhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain