suria

PRU13: PM Jumpa Pemimpin Parti Komponen BN

PUTRAJAYA: Beberapa pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) pada Isnin menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di sini.

Difahamkan ia sebagai lanjutan kepada beberapa pertemuan antara Najib yang juga Pengerusi BN dengan semua pemimpin peringkat negeri yang bermula sejak minggu lepas bagi membincangkan soal calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini.

Pada sebelah pagi, Najib menemui Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, sebelum beliau mengadakan pertemuan dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong).

Kenderaan yang dinaiki Chua dilihat keluar daripada bangunan itu pada 10.40 pagi, namun usaha untuk mendapatkan komen beliau mengenai pertemuan itu tidak berjaya.

Minggu lalu, Najib turut mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan BN negeri, meningkatkan lagi bahang pilihan raya yang semakin hampir. -BERNAMA

Artikel Lain