suria

Pemandu Maut Dirempuh Ketika Baiki Lori

KUANTAN: Seorang pemandu lori maut selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika sedang membaiki lorinya di lorong kiri di Km51.3 Lebuh Raya Pantai Timur dekat Bentong malam Khamis.

Mohd Fauzi Zainal Abidin, 45, dari Selangor mati di lokasi kejadian manakala rakan sekerjanya yang berumur sekitar 30-an cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata pemandu kenderaan tersebut telah melarikan diri dalam kejadian kira-kira 9.15 malam itu.

Beliau berkata mangsa yang membawa muatan barangan pejabat dalam perjalanan menuju Bentong.

Mohamed Fauzi meminta saksi kejadian agar tampil bagi membantu siasatan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain