suria

Kanak-Kanak Hilang Di Bukit Mertajam Ditemui Di Kafe Internet

BUKIT MERTAJAM: Murid Tahun Enam Mohamad Daniel Haiqal Desa, yang hilang sejak Isnin lalu telah ditemui.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abd Lah berkata polis menemui budak lelaki itu di kafe internet di Seberang Jaya, Prai sekitar pukul 10.00 pagi Khamis selepas mendapat maklumat awam.

"Budak itu bermain permainan video di kafe internet. Dia kelihatan dalam keadaan baik dan kemudian kita menyerahkannya kepada makciknya yang tinggal di Flat Desa Wawasan di sini," katanya.

Sebelum ini dilaporkan Mohamad Daniel, dari SK Sungai Rambai, telah hilang dari rumah ibu saudaranya.

Dia dipercayai telah meninggalkan rumah dengan beberapa helai pakaian dan wang tunai kira-kira pukul 9.30 pagi Isnin.

Artikel Lain