ROS Boleh Mula Selesaikan Kemelut Pilihan Raya DAP - Hishammuddin - Semasa | mStar

ROS Boleh Mula Selesaikan Kemelut Pilihan Raya DAP - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh memulakan siasatan terhadap DAP kerana parti itu gagal mengemukakan laporan mengenai pilihan rayanya baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tarikh akhir bagi DAP mengemukakan laporan adalah pada Jumaat (semalam).

"Saya diberitahu bahawa tiada laporan. Memandangkan ia melepasi tarikh akhir, ROS akan mengambil tindakan yang perlu," katanya pada program Jelajah Anak Malaysia di sini Sabtu.

DAP mempunyai 60 hari untuk mengemukakan laporan itu kepada ROS selepas skandal pemilihan parti itu pada 15 Disember.

Parti itu menimbulkan kontroversi selepas beberapa ahli-ahlinya membuat aduan dengan ROS mendakwa keputusan pilihan raya telah dimanipulasi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih