Mayat Claudia Tiba Ditanah Air - Semasa | mStar

Mayat Claudia Tiba Ditanah Air

Claudia Theophilus
Claudia Theophilus

SEPANG: Mayat wartawan Malaysia, Claudia Theophilus tiba di tanah air pada malam Sabtu, genap seminggu selepas dia dilaporkan terbunuh dalam kejadian tembakan di kawasan pergunungan Baakleen, Lubnan.

Mayat Claudia tiba dengan penerbangan Emirates pada pukul 9.15 malam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia segera di bawa pulang ke rumah keluarga mendiang di Taman Desa Kepayang di Seremban.

Adik Claudia, Dora yang tiba lebih awal dari Lubnan untuk membawa pulang mayat kakaknya berkata, keluarganya sangat bersyukur dan merakamkan terima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Lubnan, Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno dan Al-Jazeera yang banyak membantu mereka.

Sambil membaca kenyataan yang disediakan, Dora turut menggesa pihak berkenaan menghentikan spekulasi berhubung punca kematian kakaknya kerana siasatan masih lagi dijalankan.

"Bagi mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada kakak saya boleh berbuat demikian pada tengah hari esok di rumah keluarga kami.

"Majlis pengkebumian akan diadakan pada pukul 10 pagi Isnin di Gereja Visitation di Seremban," katanya pada sidang media di sini malam Sabtu.

Dia bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh wartawan kepadanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhammad Khairun Aseh, yang mengetuai misi untuk membawa pulang mayat Claudia berkata fakta yang dikumpulkan oleh pihak berkuasa Lubnan menunjukkan kematian mendiang disebabkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Khairun berkata Claudia sedang memegang senapang angin ketika duduk di luar rumah keluarga kawannya yang dikenali sebagai Nabil pada kira-kira pukul 2.30 pagi waktu Lubnan pada 2 Februari lalu.

"Apabila kawannya keluar dari rumah, dia cuba mengambil senapang itu dan cuba mengeluarkan sebutir peluru yang tersangkut. Ketika itulah satu das tembakan dilepaskan," katanya kepada pemberita pada sidang media di KLIA.

Khairun berkata pihak berkuasa Lubnan masih lagi menahan Nabil bagi meneruskan siasatan berhubung insiden berkenaan.

Difahamkan bahawa majikan mendiang, Al-Jazeera menanggung semua kos membawa pulang mayat mendiang Claudia ke tanah air, sementara biro Pemuda Umno membayar kos logistik bagi keluarga mangsa.

Artikel Sebelum

Mayat Claudia Dijangka Tiba Malam Ini

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain