Malaysia Laksana Skim Biodiesel B5 Atau B10 Menjelang Pertengahan 2014 - Semasa | mStar

Malaysia Laksana Skim Biodiesel B5 Atau B10 Menjelang Pertengahan 2014

KAJANG: Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan program biodiesel B5 atau B10 di seluruh negara menjelang pertengahan tahun depan, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Tan Sri Bernard Dompok.

Beliau berkata lebih daripada RM100 juta daripada belanjawan sebanyak RM300 juta telah digunakan untuk membiayai kemudahan pengadunan program B5 sekarang, yang merupakan campuran lima peratus biodiesel sawit dengan 95 peratus diesel petroleum, seluruh negara.

"Kami akan meneruskan pelaksanaan B5 terlebih dahulu. Buat masa ini kita bekerjasama dengan mereka yang terlibat dalam industri untuk mencuba dan melihat sama ada kita boleh menggunakan B10," katanya kepada pemberita pada pelancaran penggunaan B10 bagi kenderaan kementeriannya dan agensi-agensinya, di sini Khamis.

Pelancaran program B5 bermula dengan kawasan tengah yang meliputi Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan, pada 2011 dengan penggunaan tahunan sebanyak 110,000 tan metrik biodiesel.

Dompok berkata beberapa peserta industri tidak cukup yakin terhadap B10, yang merupakan versi biodiesel yang dinaikkan taraf dan merupakan campuran 10 peratus biodiesel sawit dengan 90 peratus diesel petroleum.

"Penggunaan B10 bagi semua kenderaan kementerian hari ini bertujuan meyakinkan pemilik kepentingan dan pihak-pihak penting berkaitan lain seperti pengeluar kelengkapan asli dan syarikat-syarikat petroleum bahawa B10 tidak akan memberikan kesan negatif ke atas kenderaan berenjin diesel," kata beliau.

Beliau berkata kementerian sedang bekerjasama dengan SIRIM Bhd dan Jabatan Standard Malaysia mengenai satu standard B10 baharu, kerana MS123:2005 sekarang hanyalah bagi B5.

"B10 akan dilancarkan di seluruh negara sebaik sahaja standard baharu itu ditetapkan dan B5 akan beransur-ansur dihentikan penggunaannya," kata Dompok.

Sebelum itu, beliau berkata 1.0 juta tan metrik minyak sawit akan digunakan sebagai bahan mentah bagi program B10 berbanding hanya 500,000 tan metrik bagi skim B5, di samping pada masa yang sama, mengurangkan simpanan minyak sawit yang berjumlah 2.6 juta tan metrik bulan depan.

"Langkah ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk mengekalkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan industri sawit negara serta menggalakkan penggunaan biodiesel sawit sebagai sumber tenaga boleh baharu yang menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih," tegas beliau. BERNAMA

Artikel Sebelum

Mahkamah Arah Presiden Anak Fail Pembelaan

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain