suria

Pelajar UiTM Ditemui Lemas Di Chendering

KUALA TERENGGANU: Seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendring ditemui lemas di Pantai Pandak, Chendering malam Rabu.

Mayat Nor Mohamad Fitrie, 23, yang berasal dari Pasir Hor, Kota Baharu, Kelantan ditemui kira-kira pukul 10.50 malam yang terdampar di pesisir pantai kira-kira 150 meter dari tempat mangsa dilapor lemas.

Mangsa yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pejabat bersama dua lagi rakan dikatakan bermain ombak kira-kira pukul 7 malam apabila dihanyut arus dan tenggelam.

Rakan-rakannya Mohd Ariff Ahmad Sandusin, 23, dan Shahrul Hanif Zulkefli, 20, terselamat.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Negeri, Zakaria Mohamad berkata pihaknya yang turut mencari mangsa bersama pihak polis dan Jabatan Pertahanan Awam menemui mayat mangsa yang kemudiannya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah. BERNAMA

Artikel Lain