PM Akan Perkenal 'Model Malaysia' Untuk Pembangunan Mesir - Semasa | mStar

PM Akan Perkenal 'Model Malaysia' Untuk Pembangunan Mesir

KAHERAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di Kaherah untuk lawatan selama tiga hari, membawakan satu formula untuk pembangunan yang sering dirujuk oleh rakyat Mesir sebagai "Model Malaysia".

Lawatan ke Mesir itu akan memfokuskan hala tuju masa depan hubungan antara Malaysia dan Mesir, mekanisme kerjasama dan juga isu-isu substantif termasuk pelaburan, kerjasama perdagangan kewangan serta isu ekonomi dan pendidikan.

Najib akan mengadakan kunjungan hormat dengan Presiden Mesir, Mohamed Morsy pada Selasa di mana kedua-dua pemimpin dijangka menyaksikan perjanjian kerjasama ekonomi komprehensif (CECA) antara kedua-dua negara.

Duta Malaysia ke Mesir, Datuk Dr Mohd Fakhruddin Abdul Mukhti berkata, Malaysia begitu dikenali di kalangan rakyat Mesir sebagai sebuah model untuk perkembangan ekonomi.

"Kami juga dikenali kerana kita mempunyai ramai pelajar yang menuntut di Mesir dan malah sewaktu pilihan raya di sini, kami lihat sebahagian mereka dan parti mengadakan kempen dengan berjanji untuk membangunkan Mesir supaya ia menyamai Malaysia.

"Mereka menyatakan ia sebagai model Malaysia bagi pembangunan dan perkembangan ekonomi," kata Fakhruddin.

Pada masa ini, hampir 11,000 rakyat Malaysia di Mesir, kebanyakan mereka adalah pelajar.

Fakhruddin berkata, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah RM4 bilion setahun, kebanyakannya dalam sektor gas dan minyak kelapa sawit dengan Petronas sebagai pelabur asing utama di Mesir.

Najib akan ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut serta dalam delegasi Perdana Menteri adalah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Penasihat Agama Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md Zin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib turut akan bertemu dengan Perdana Menteri Mesir, Dr Hesham Qandil semasa berada di Kaherah dan akan berlepas ke Davos, Switzerland pada Rabu bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.