Isu Kalimah Allah: Hadi Perlu Tarik Balik & Batalkan Persetujuan Dengan DAP dan PKR - Semasa | mStar

Isu Kalimah Allah: Hadi Perlu Tarik Balik & Batalkan Persetujuan Dengan DAP dan PKR

KUALA LUMPUR: Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang wajib menarik balik dan membatalkan persetujuan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah, kata Anggota Parlimen Bebas Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin.

Beliau mengalu-alukan keputusan Majlis Syura Pas semalam yang memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam sekaligus menentang kehendak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi. "Datuk Seri Hadi dan kepimpinan eksekutif Pas wajib menarik balik dan membatalkan persetujuan dengan DAP dan PKR untuk membenarkan orang Kristian menggunakan kalimah Allah.

Saya mengalu-alukan keputusan Majlis Syura Pas yang memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam. Bercanggah dengan kehendak Lim Guan Eng, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Abdul Hadi Awang," katanya menerusi akaun twitter beliau, zulkiflinoordin pada Isnin.

Sebelum ini, Abdul Hadi menyokong penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Pemuda Pas pula beranggapan tidak ada keperluan untuk mengulas isu tersebut atas alasan Presiden sudah mengeluarkan kenyataan rasmi yang dianggap pendirian parti. Biarpun Abdul Hadi menyokong penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib pula menegaskan kalimah Allah hanya khusus untuk agama Islam dan agama-agama lain tidak berhak menggunakan kalimah suci itu.

Bagaimanapun, dalam mesyuarat semalam, Pas mengubah pendirian apabila Majlis Syura parti berkenaan yang dianggotai 15 anggota memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak.

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menyatakan, menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna, tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.

Isu penggunaan kalimah Allah timbulselepas Guan Eng dalam ucapannya sempena sambutan Krismas lalu mendesak kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible berbahasa Melayu.

Tindakan Guan Eng menimbulkan bantahan dan kecaman pelbagai pihak. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL