suria

APMM Terus Cari Tekong Dan Kru Bot Karam

KOTA TINGGI: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) masih meneruskan usaha mencari dan menyelamat seorang tekong dan dua kru bot karam yang melibatkan 41 warga Indonesia di perairan Teluk Ramunia, Pengerang di sini Selasa.

Jurucakap APMM berkata operasi itu dibantu oleh pihak Polis Marin dan Jabatan Pertahanan Awam.

Jurucakap tersebut turut mengesahkan ketika kejadian berhampiran Pulau Che Kamat itu, hanya terdapat 44 orang pendatang tanpa izin (Pati) termasuk tekong dan dua kru di dalam bot tersebut.

Kesemua Pati yang berjaya diselamatkan semalam terdiri daripada 35 lelaki dan empat wanita berumur 20 hingga 40 tahun serta dua kanak-kanak perempuan berumur setahun dan dua tahun.

Bot pancung yang diperbuat daripada gentian kaca itu baru memulakan perjalanan ke Batam, Indonesia apabila mengalami kebocoran dan karam pada pukul 5.20 pagi. BERNAMA

Artikel Lain