suria

Pendengaran Awam RCI Sabah Isnin Ini

KOTA KINABALU: Panel lima orang Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah akan mengadakan sesi pendengaran awam bermula Isnin ini.

Panel tersebut diketuai oleh bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, akan mendengar testimoni di bilik Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, kata setiausaha kepada ketua panel, Datuk Saripuddin Kasim pada Jumaat.

Pusingan pertama pendengaran awam, adalah yang pertama sejak panel tersebut ditubuhkan pada 21 September tahun lalu, ia dijangka berlangsung selama lima hari hingga 18 Januari dan akan bersidang kembali pada 28 Januari, katanya.

Setakat ini panel berkenaan telah mengenalpasti 48 saksi tampil memberikan keterangan pada sesi inkuiri tersebut.

Saksi berkenaan dipilih selepas pasukan khas menemubual dan mengesahkan dakwaan berhubung pendatang tanpa izin.

Setakat hari ini, parti politik daripada dua-dua pihak dibahagikan supaya panel penyiasat boleh menyemak dakwaan dan butiran yang dikemukakan.

Antara terma rujukan panel adalah menentukan jumlah pendatang di Sabah, meneliti sama ada mereka memiliki kad pengenalan biru atau dokumen kewarganegaraan dikeluarkan kepada pendatang asing dan mengenalpasti sama ada mereka telah didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih serta punca peningkatan luar biasa penduduk di Sabah.

Panel berkenaan telah diberikan tempoh selama bulan untuk melengkapkan siasatan mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain