suria

Petani Terlibat Banjir Akan Diberi Wang Ehsan

JITRA: Kerajaan persekutuan akan memberi bantuan wang ehsan kepada petani yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom berkata wang ehsan itu akan diberi secepat mungkin selepas bancian selesai.

"Agensi-agensi berkaitan di bawah kementerian telah mula membuat bancian terhadap petani dan nelayan bagi mengenalpasti dan mempastikan hanya mereka yang mengalami kerugian diberi wang ehsan.

"Wang ehsan ini diberi berdasarkan nilaian kerugian mengikut kadar yang ditetapkan kementerian," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sumbangan kepada pelajar cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 anak-anak anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini, Ahad.

Mohd Johari yang juga anggota Parlimen Kubang Pasu turut menyumbangkan RM5,000 kepada Persatuan Kebajikan Isteri-isteri Polis (Perkep) Kubang Pasu untuk menjalankan aktiviti mereka.

Sementara itu, beliau berkata petani di kawasan Pendang yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini dijangka menerima wang ehsan dari kerajaan persekutuan dalam masa terdekat. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain