suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjur Parti Liar: Kelab Eksklusif Di K.Terengganu Diserbu

KUALA TERENGGANU: Sebuah kelab eksklusif diserbu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (JHEAT) kerana menganjurkan parti liar sempena sambutan tahun baru awal pagi Selasa.

Pihak penganjur turut menyediakan minuman keras untuk para pengunjungnya.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Mohd Rozali Salleh berkata empat remaja perempuan Melayu berumur lingkungan 20-an turut ditahan kerana berpakaian tidak sopan di tempat awam.

Beliau berkata pihaknya mendapat maklumat mengenai penganjuran parti itu melalui laman Facebook. "Melalui risikan kami, pihak penganjur mengenakan caj RM50 seorang bagi menyertai parti berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Serbuan dilakukan oleh 80 anggota dan pegawai dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan polis. -BERNAMA

Artikel Lain