suria

474 Pendatang Tanpa Izin Rohingya Ditahan Di Depot Imigresen

LANGKAWI: Seramai 474 orang pendatang tanpa izin (PATI) Rohingya yang memasuki perairan Langkawi pada Ahad diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan.

Ketua Polis Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata jumlah itu bertambah dari bilangan asal 452 orang pada Ahad setelah semakan rekod pendatang tersebut dibuat.

Jabatan Imigresen akan menempatkan mereka di depot tahanan di tanah besar namun beliau tidak dapat menyatakan di mana atas aspek keselamatan, katanya apabila dihubungi di sini, Isnin.

Pendatang tanpa izin itu dibawa dengan bot oleh ejen yang tidak dikenali telah dipaksa terjun ke laut apabila menghampiri pantai di Telok Burau kira-kira pukul 1.30 tengah hari semalam.

Mereka dilaporkan belayar selama 12 hari dan dikenakan bayaran USD$300 seorang oleh ejen untuk menuju lokasi yang tidak diketahui. - BERNAMA

Artikel Lain