suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Dakwa Dicabul Remaja Lelaki

MELAKA: Seorang wanita berusia 28 tahun mendakwa seoarng remaja lelaki berusia 13 tahun mencabul kehormatannya dalam tandas wanita di sebuah stesen minyak di Jalan Munshi Abdullah.

Lareece Low Mei Yuet memuat naik cerita tersebut di laman sosial Facebooknya, mendakwa kejadian malang itu dilaporkan berlaku pada pukul 4.25 petang Isnin apabila tiba-tiba seorang remaja lelaki meluru ke arahnya ketika dia sedang keluar daripada tandas tersebut

"Saya sedang meninggalkan tandas itu ketika dia meluru ke arahnya dan segera menutup mulut dia.

"Dia mencium pipi dan meraba dada saya ketika saya cuba untuk melepaskan diri," dakwa Low.

Low berkata dia berjaya menjerit serta menggigit jari remaja lelaki tersebut ketika bergelut dengannya untuk membuka pintu.

"Saya berjaya menghadang pintu itu daripada ditutup menggunakan tangan saya," katanya.

Menurutnya, beberapa orang awam yang berada di luar tandas berkenaan turut menghulurkan bantuan sebaik sahaja mereka mendengar dia menjerit.

Suspek ditahan oleh polis ketika berada di tempat kejadian dan daripada soal siasat yang dijalankan mereka mendapati remaja berkenaan baru berusia 13 tahun.

Ketua Polis Negeri, Asisten Komisioner, Raja Sharom Raja Abdullah mengesahkan mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Beliau berkata suspek kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Tatacara Jenayah atas kesalahan mencabul, katanya.

Artikel Lain