suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Warga Asing Diburu Berhubung Pembunuhan Tiga Warga Myanmar

ALOR SETAR: Polis sedang memburu 12 warga asing yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan tiga warga Myanmar di Bukit Cepar, Tanjung Piring, Kuala Nerang, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Zakaria Ahmad berkata polis yakin mereka masih berada di kawasan berhampiran tempat pembunuhan.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, mereka tinggal berasingan di beberapa tempat kawasan hutan Bukit Cepar. Polis akan berusaha memberkas mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, Isnin.

Mayat mangsa ditemui di hutan Bukit Cepar pada pukul 11.30 malam selepas seorang mangsa yang terselamat membuat laporan polis dengan bantuan orang ramai tengah hari Ahad.

Polis menemui sebilah parang di tempat kejadian sementara motif pembunuhan masih disiasat.

Zakaria berkata mangsa yang dibunuh dikenali sebagai Mgkhing Thaung, 38; Latinmaung, 21, dan Mgthanshwe, 16, yang ketiga-tiganya mempunyai talian persaudaraan.

Mereka menoreh getah di Tanjung Piring. -- BERNAMA

Artikel Lain