suria

Muhyiddin Tiba Di Keningau Rasmi Kongres PBRS

KENINGAU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini pada Sabtu untuk merasmikan persidangan perwakilan ke-15 Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) di Dewan Masyarakat Keningau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tiba di sini 10.40 pagi menaiki helikopter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Muhyiddin, Musa dan presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup dijadual menghadiri menghadiri jamuan dalam suasana perayaan Krismas dan Tahun Baru di dewan itu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.

Keningau adalah sebuah pekan kecil di selatan Kota Kinabalu yang terletak di pinggir Banjaran Crocker.

Daerah yang terletak di kawasan pedalaman Sabah itu merupakan yang terbesar yang terletak kira-kira 128 kilometer dari Kota Kinabalu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain