Nenek Dan Cucu Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Rumah - Semasa | mStar

Nenek Dan Cucu Ditemui Rentung Dalam Kebakaran Di Rumah

KOTA KINABALU: Seorang wanita warga emas dan cucunya yang kurang upaya ditemui mati selepas kebakaran memusnahkan rumah mereka di Kampung Rani Tenghilang, dekat Tamparuli, kira-kira 45 kilometer dari sini.

Sunah Mindur, 85, dan Fandy Botoh@Walter, 29, ditemui rentung di sebalik serpihan rumah papan satu tingkat kira-kira pukul 6 pagi pada Jumaat.

Anak menantu Sunah, Richard Petrus Ponori, 60, yang tinggal bersebelahan berkata, mereka mendengar satu letupan kira-kira pukul 6 pagi.

“Saya sedang memberus gigi saya apabila mendengar letupan yang sangat kuat dan dalam beberapa minit, dari rumah saya melihat api sedang merebak.

“Saya melihat isteri saya cuba untuk masuk ke dalam rumah tetapi terlalu panas menyukarkannya dan dia berputusa asa. Saya cuba tetapi tidak boleh,” katanya, sambil menambah bahawa mereka dijadualkan untuk mengambil Fandy ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.

Richard berkata, rumah Sunah dibina bersebelahan dengannya di bawah skim perumahan untuk golongan miskin atau PPRT pada tahun 2008.

Ketua Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Tuaran, Khairul Amir Pajar Ali berkata, mereka sedang menyiasat punca kebakaran.

Beliau menggesa orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan dapur gas memasak terutama apabila orang kurang upaya tinggal di rumah.

“Mereka perlu memastikan dapur gas dimatikan dengan betul,” katanya.

Mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain