Perbicaraan Kes Kugan Ditangguh Ke Isnin - Semasa | mStar

Perbicaraan Kes Kugan Ditangguh Ke Isnin

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menangguhkan perbicaraan kes saman kecuaian yang difailkan ibu A.Kugan, lelaki yang meninggal dunia ketika dalam tahanan polis, ke 17 Disember ini.

Hakim Datuk V.T.Singham memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam R.L.Bani Prakash yang memaklumkan bahawa peguam R.Sivarasa yang mewakili N.Indra (ibu Kugan) mengalami masalah kesihatan.

Bani Prakash berkata Sivarasa kini dirawat di wad Pusat Perubatan Subang Jaya setelah pengsan di rumahnya semalam.

Sivarasa sepatutnya menyoal balas Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar Khamis.

Hakim Singham berkata sekiranya pada 17 Dis Sivarasa masih tidak dapat hadir ke mahkamah dan menyoal saksi, peguam lain perlu menggantikannya.

"Sekiranya Sivarasa tidak dapat hadir, peguam lain yang turut mewakili plaintif (Indra) perlu ambil alih untuk teruskan kes kerana kes ini didaftarkan pada Januari lalu. Ia harus diselesaikan secepat mungkin. Mahkamah tidak boleh menangguhkan lagi. Kes ini adalah kes kepentingan awam," katanya.

Selain itu, Hakim Singham membenarkan defendan kedua iaitu bekas anggota polis V.Navindran (yang didapati bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Kugan) untuk tidak hadir ke mahkamah pada prosiding akan datang setelah mempertimbangkan keadaannya yang perlu mengambil cuti serta menanggung sendiri kos perbelanjaan.

Beliau berkata Navindran yang telah selesai memberi keterangan hanya akan dipanggil ke mahkamah apabila terdapat permohonan daripada pihak plantif dan defendan.

Pada 13 Januari lalu, Indra memfailkan saman dengan menamakan Khalid sebagai defendan pertama, Navindran sebagai defendan kedua diikuti bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.

Ketika ditahan, Kugan berusia 23 tahun dan merupakan suspek kes curi kereta mewah. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain