suria

Dr Abdul Malek Dilantik Timbalan Naib Canselor UUM

ALOR SETAR: Prof Madya Dr Abdul Malek Abdul Karim dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) Universiti Utara Malaysia (UUM) yang baharu mulai hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Dr Ahmad Faiz Hamid yang tamat tempoh jawatannya September lalu.

Pelantikan Abdul Malek, yang sebelum ini Penolong Naib Canselor Kolej Sastera Dan Sains, adalah untuk tempoh sehingga 31 Dis 2015.

UUM dalam satu kenyataan berkata pelantikan tersebut yang dibuat oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 12 (6) Perlembagaan UUM.

Abdul Malek, 49, telah berkhidmat di UUM sejak 23 tahun yang lalu bermula Mei 1989. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dari Victoria University of Wellington, New Zealand, Ijazah Sarjana dari University of Edinburgh, United Kingdom dan kemudiannya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan dari University of Virginia, Amerika Syarikat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain