KWSP Hadkan Caruman Sukarela Kepada RM60,000 Setahun - Semasa | mStar

KWSP Hadkan Caruman Sukarela Kepada RM60,000 Setahun

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengenakan had maksimum RM60,000 setahun kepada semua caruman sukarela termasuk caruman di bawah Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia, mulai 1 Januari.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) KWSP, Datuk Ibrahim Taib dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, ahli yang mencarum secara sukarela ini boleh mencarum serendah RM50 sebulan.

"Caruman sukarela dalam konteks KWSP merujuk kepada caruman diterima daripada golongan bekerja sendiri, pemilik tunggal perniagaan, rakan kongsi atau mereka yang tiada pendapatan tetap bulanan termasuk suri rumah," katanya.

Menurut beliau, caruman boleh dibayar secara tunai atau cek menggunakan Borang KWSP 6A(1) untuk caruman sukarela dan Borang KWSP 6A(2) bagi Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia.

"Kedua-dua borang tersebut boleh didapati di cawangan KWSP yang terdekat atau boleh dimuat turun dari laman web myEPF di www.kwsp.gov.my," katanya.

Maklumat lanjut juga boleh diperoleh dengan menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000 atau mengunjungi cawangan KWSP berdekatan. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain