suria

Persidangan Dewan Rakyat Dilanjut Dua Hari Sehingga 29 November

KUALA LUMPUR: Mesyuarat ketiga Dewan Rakyat bagi penggal kelima, Parlimen ke-12 yang sepatutnya berakhir pada 27 November, dilanjut selama dua hari lagi.

Lanjutan tempoh persidangan sehingga 29 November itu bagi membolehkan rang undang-undang dan urusan kerajaan yang lain diselesaikan.

Yang Di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika mengumumkan perkara itu berkata pertambahan hari mesyuarat itu adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 11(2).

Persidangan yang berlangsung pada ketika ini sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi semua kementerian.

Mesyuarat ketiga penggal kelima sebelum ini dijadual berlangsung selama 34 hari hingga 27 November, telah menjadi spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan. - BERNAMA

Artikel Lain