suria

Rakyat Malaysia Ditahan Di Batam Dengan 3.1 Kg Dadah Di Pinggang

JAKARTA: Pegawai Kastam di Batam menahan rakyat Malaysia kerana didakwa cuba menyeludup 3.1kg kristal 'methamphetamine' melalui Pusat Pelabuhan Batam, Kepulauan Riau, pada Ahad. 'The Jakarta Post' melaporkan jurucakap Kastam, Susila Brata sebagai berkata bahawa Ng Peng Chong, yang berlepas dari Pelabuhan Stulang Laut di Johor Baru, dengan feri MV Indomas I enggan melalui mesin pengimbas di pelabuhan. "Melihat sikapnya yang mencurigakan, pegawai membuat pemeriksaan dan mendapati beberapa pakej serbuk kristal putih dibalut di sekeliling pinggangnya," katanya. Susila berkata pegawai masih menyiasat Chong dan akan membawanya ke hospital untuk menentukan sama ada terdapat dadah di dalam badannya. Kastam akan menyerahkan kes itu kepada polis selepas siasatan, katanya. Ramai pengeluar dadah dari Malaysia, terutama dadah jenis kristal methamphetamine, menjual dadah ke Indonesia melalui kawasan sempadan seperti Batam, Bintan dan Karimun di Kepulauan Riau.

Artikel Lain