Jais Pantau Ajaran Sesat Di Selangor - Abdul Khalid - Semasa | mStar

Jais Pantau Ajaran Sesat Di Selangor - Abdul Khalid

SHAH ALAM: Selangor akan terus mengekang kegiatan ajaran sesat di negeri itu hingga ke akar umbi dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) giat mendapatkan bukti kukuh untuk bertindak ke atas kumpulan yang melanggar fatwa dan akidah.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sepanjang tempoh 2011, sebanyak 11 kes ajaran sesat dilaporkan di Gombak dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana melanggar fatwa.

"Kita akan selesaikan masalah ini, Jais akan melakukan pemantauan ke atas kumpulan ini dan tindakan bakal diambil jika didapati mereka ini telah terpesong dari akidah," katanya bagi menjawab pertanyaan Datuk Abdul Rahman Palil (BN-Sementa) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.

Abdul Khalid turut menegaskan isu itu perlu diselesaikan secara bersama dan bukan berdebat dengan cara menyalahkan pihak lain.

Pada 1 November lepas, Jais menyerbu sebuah perhimpunan yang dihadiri lebih 3,500 orang, dipercayai diadakan sempena ulang tahun ke-75 pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad Ashaari.

Dalam serbuan itu, Jais menahan 16 individu termasuk anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Baharon kerana dipercayai cuba menghidupkan semula pertubuhan yang telah diharamkan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jadi PM: MCA Mahu Hadi Jelaskan Pendirian

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa