PM Akan Ketuai Delegasi M'sia Ke Sidang Puncak ASEAN - Semasa | mStar

PM Akan Ketuai Delegasi M'sia Ke Sidang Puncak ASEAN

PHNOM PENH: Datuk Seri Najib Tun Razak akan tiba di sini esok untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-21 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijadul tiba pada pukul 9 malam (10 malam waktu Malaysia).

Najib akan mengetuai delegasi Malaysia antara lain terdiri daripada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada mesyuarat tiga hari bermula Ahad ini.

Anifah berkata, Najib dijangka menonjolkan antara lain Gerakan Kesederhanaan Global, isu-isu Laut China Selatan dan Palestin semasa mesyuarat di sini.

"Sidang Kemuncak Asean akan memberi peluang kepada pemimpin Asean meneliti dan mengkaji semula usaha mereka dalam merealisasikan Komuniti Asean menjelang 2015," katanya.

Salah satu isu utama pada Sidang Kemuncak Asean Ahad ini ialah penerimaan pakai Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean, mencerminkan komitmen bersama dan aspirasi gagasan 10 negara anggota Asia Tenggara itu bagi menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia.

Pemimpin Asean juga dijangka melancarkan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, sebuah inisiatif membabitkan Asean dan enam rakan dialognya iaitu China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand, dengan bertujuan mengembangkan proses integrasi ekonomi serantau.

Semasa Sidang Kemuncak Asean ke-21 dengan tema 'Satu Komuniti, Satu Tujuan' di Istana Keamanan di sini, pemimpin juga akan melancarkan Institut Asean Bagi Keamanan dan Perdamaian (AIPR).

Anifah berkata, sidang kemuncak itu juga dijangka melantik Setiausaha Agong Asean yang baharu, Le Luong Minh, Timbalan Menteri Luar Vietnam, bagi tempoh penggal 2012-2017, bagi menggantikan Dr Surin Pitsuwan dari Thailand.

Sidang-sidang kemuncak berkaitan pada Isnin ini termasuk Sidang Kemuncak Asean-Jepun ke-15, Asean-Republik Korea ke-15, Peringatan Asean Campur Tiga, Asean-India ke-10 dan Sidang Kemuncak Asean-China ke-15 serta Mesyuarat Pemimpin Asean-Amerika Syarikat Keempat.

Presiden Barack Obama dijadual menghadiri Mesyuarat Pemimpin Asean-Amerika Syarikat.

Anifah berkata, Najib akan menghadiri Dialog Global Asean pada Selasa ini dengan ketua-ketua Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Pembangunan Asean (ADB) dan Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD).

Najib dan Obama juga dijadual menyertai Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)Ketujuh, antara lain, menyentuh respons serantau untuk kawalan malaria dan menangani usaha daya tahan ubat-ubatan anti malaria.

Di luar sidang kemuncak tersebut, Najib juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri China, Wen Jiabao, Presiden Myanmar Thien Sein dan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung.

Najib dijadual pulang ke tanah air selepas mesyuarat itu pada Selasa ini.

Artikel Sebelum

Pesara Perkeso Maut Terlanggar Tayar Lori

Artikel Berikut

PM Umum Liberalisasi 6 Subsektor Lagi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain