Jumlah Mangsa Banjir Di Selangor, Melaka Menurun - Semasa | mStar

Jumlah Mangsa Banjir Di Selangor, Melaka Menurun

KUALA LUMPUR: Selangor dan Melaka mencatat penurunan jumlah mangsa banjir malam ini dengan masing-masing mencatat seramai 1,947 orang dan 107 yang masih berada di pusat pemindahan.

Dengan itu jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan pada malam ini (Selasa) menurun kepada 4,245 orang berbanding 4,255 pada sebelah petang.

Menurut laman portal banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN), bagaimanapun Johor merekodkan peningkatan seramai sembilan orang, kepada 1,988 orang mangsa banjir, dan Perak kekal dengan 203 mangsa.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada penutupan jalan dan kehilangan nyawa akibat kejadian banjir berikutan hujan lebat sejak minggu lepas.

MKN dalam laporan portalnya turut merekodkan penurunan jumlah pusat pemindahan yang beroperasi iaitu dari 31 pusat kepada 29 pusat pada malam ini, dengan jumlah tertinggi di Batu Pahat sebanyak 16 pusat perpindahan, Kuala Langat (lima), Sepang (tiga), Hilir Perak (dua) manakala masing-masing satu bagi Melaka Tengah, Jasin dan Ledang.

Di Melaka, jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri berkata di Jasin seramai 103 orang ditempatkan di Tehel manakala empat lagi mangsa di Bukit Katil manakala pusat pemindahan banjir di Kesang Barat, Jasin yang dibuka sejak Ahad lepas ditutup petang ini.

Di Perak, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang berkata, kesemua mangsa masih ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Batu 7, Changkat Jong, Surau dan dewan serbaguna Sungai Manik.

Di Johor, portal Jabatan Pengairan dan Saliran Sungai Muar di Buloh Kasap menunjukkan bacaan 7.54 meter, di bawah paras normal 15.5 meter. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Jumlah Mangsa Banjir Di Johor Berkurangan

Artikel Berikut

'Kafir Harbi' Bukan Fatwa

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?