suria

MBAM Mahu Dikuat Kuasa CIPAA Menjelang Awal 2013

KUALA LUMPUR: Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) berharap Menteri Kerja raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor mengumumkan tarikh berkuat kuasa Akta Bayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan (CIPAA).

MBAM juga membayangkan ia berharap perkara itu dilaksanakan pada awal 2013.

"MBAM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana menggubal akta itu yang diwartakan pada 22 Jun tahun ini.

"CIPAA sudah lama ditunggu oleh industri pembinaan bagi menangani masalah pembayaran yang semakin meningkat."

"Sejajar dengan usaha menguatkuasakan CIPAA, MBAM juga berharap kerajaan mewujudkan mahkamah pakar pembinaan," kata Presiden MBAM Matthew Tee.

Katanya taklimat baru-baru ini anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia, adalah dari pengalaman United Kingdom, kejayaan pelaksanaan CIPAA adalah kritikal kepada sokongan mahkamah yang kukuh, cekap dan pakar.

Cadangan menubuhkan mahkamah pakar pembinaan adalah inisiatif bersama CIDB dan Majlis Peguam Malaysia.

"MBAM menyokong penuh inisiatif ini bagi kebaikan industri pembinaan Malaysia, seperti yang termaktub di dalam Pelan Industri Pembinaan (CIMP), bagi membantu industri pembinaan bergerak ke hadapan dengan mencapai standard global," kata Tee. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain