Tony Pua Digesa Beri Maklumat Lengkap Rumah Di Selangor - Semasa | mStar

Tony Pua Digesa Beri Maklumat Lengkap Rumah Di Selangor

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya, Tony Pua, diminta memberi maklumat lengkap mengenai dakwaan beliau bahawa kerajaan negeri Selangor telah membina 23,637 rumah mampu milik berharga di bawah RM100,000 sebuah.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata Tony pada persidangan Dewan Rakyat semalam memberitahu kerajaan negeri telah membina rumah mampu milik dengan jumlah itu, tetapi pada hakikatnya hanya kira-kira 1,000 unit rumah telah dibina sejak tahun 2008.

"Sekiranya apa yang diperkatakan oleh Tony itu benar, kenapa kerajaan negeri tidak membuat pengumuman mengenainya dan saya juga mahu maklumat lengkap mengenainya seperti lokasi, berapa ramai yang telah menduduki rumah yang telah siap dan sebagainya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Semalam, pada persidangan Dewan Rakyat Lim membidas kerajaan negeri Selangor kerana tidak membina rumah mampu milik untuk rakyat negeri itu.

Selain itu, Lim yang juga Pengerusi MCA Selangor berkata PKNS kini dilihat lebih berminat untuk membina rumah kos tinggi berbanding rumah kos sederhana dan rendah sekaligus tidak memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki sebuah rumah di negeri itu. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain