suria

Wakil Peniaga Didenda & Digantung Kerana Dagangan Tidak Sah

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka, mendenda sebanyak RM10,500 dan menggantung Chin Khuen Sinn selama tiga minggu daripada menjadi pihak berdaftar setelah terlibat dalam aktiviti jualan singkat niaga harian akaun pelanggan.

Dalam satu kenyataan, bursa itu berkata penggantungan itu termasuk dagangan pada atau melalui pasaran saham Bursa Malaysia sebagai Wakil Peniaga (DR).

Ia berkata Chin juga dikehendaki menjalani latihan mengenai kelakuan atau profesionalisme DR dan kesalahan pasaran.

Chin, yang pada masa berkenaan melanggar DR ditugaskan bagi Maybank Investment Bank Berhad di pejabat cawangan Ipoh, melanggar dan/ atau menyebabkan peruntukan Peraturan 401.1(1)(f), 404.3(1)(a)&(b) dan 1302.1(1)(g) Peraturan Bursa Securities.

Ia berkata penemuan pelanggaran dan pengenaan sekatan terhadap beliau telah dibuat setelah selesai proses sewajarnya dan selepas mengambilkira pertimbangan segala fakta dan keadaan. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain