Polis Kelantan Yakin Dapat Berkas Suspek Tetak Warga Emas - Semasa | mStar

Polis Kelantan Yakin Dapat Berkas Suspek Tetak Warga Emas

KOTA BHARU: Polis Kelantan yakin dapat memberkas tiga pencuri kabel yang menetak seorang warga emas dengan senjata tajam dalam kejadian di Kampung Slow Teliar, Tumpat, Ahad lalu.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, polis sedang menyiapkan lakaran fotofit ketiga-tiga suspek itu dan yakin identiti mereka akan dikenal pasti tidak lama lagi.

"Polis akan cuba dapatkan maklumat daripada orang tempatan kerana kita percaya bahawa penjenayah itu adalah orang tempatan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Dalam kejadian itu, Abdul Kadir Talib, 61, cedera ditetak di lengan kiri selepas menyergah tiga lelaki yang cuba mencuri kabel telefon di kampung tersebut.

Akibat tetakan itu, Abdul Kadir menerima tujuh jahitan.

Mazlan berkata, pihaknya bercadang untuk memberi penghargaan kepada Abdul Kadir yang juga seorang pengawal keselamatan atas tindakan beraninya itu.

"Kita minta orang ramai yang ada maklumat memberikan kerjasama dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

default image

KPT Tolak 20 Permohonan Tubuh IPTS

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain