suria

Janganlah Jadi Pelawak 'Bengong'

Johan (kiri) dan Zizan antara pelawak yang mendapat bayaran tinggi ketika ini.
Johan (kiri) dan Zizan antara pelawak yang mendapat bayaran tinggi ketika ini.
Johan (kiri) dan Zizan antara pelawak yang mendapat bayaran tinggi ketika ini.

ADOIII…

LAWAK? Ya... saya percaya ramai di antara kita suka tengok cerita lawak. Bukan apa, lawak itu sendiri mampu menjadi terapi dalam diri manusia.

Apabila kita menonton sesuatu yang boleh menghiburkan hati dan boleh membuatkan kita ketawa terbahak-bahak, segala stres dalam jiwa akan hilang.

Sebab itulah filem-filem komedi kalau betul caranya akan mendapat kutipan luar biasa daripada penonton. Filem Adnan Sempit dan Adnan Sempit 2 contohnya mampu meraih kutipan lebih daripada RM6 juta walaupun lawak yang disampaikan itu tidak memenuhi standard untuk saya ketawa.

Begitu juga dengan filem Hantu Mak Limah Balik Rumah yang mengutip lebih RM7 juta walaupun ada yang berkata lawak dalam filem ini lawak kampung.

Tapi itu tak penting pun, yang penting ia sebuah cerita lawak. Sama ada ia dibuat untuk orang kampung ataupun orang bandar, moralnya lawak itu sendiri sememangnya digilai.

Sebab itulah rancangan Mr. Bean sampai sekarang masih diulang siar manakala teater Lawak Ke Der sudah dua kali dipentaskan di Istana Budaya.

Tetapi kita harus ingat, lawak yang ditampilkan dalam filem berbeza penerimaannya apabila masyarakat melihat pelawak itu di luar pentas.

Ini yang harus dijaga oleh pelawak-pelawak sekalian apabila masyarakat mula mengiktiraf lawak sebagai terapi dalam diri.

Saya tergelak apabila membaca luahan seorang selebriti yang terkejut apabila dipanggil ‘bengong’ oleh sorang pelawak dalam satu majlis.

Pelawak itu kemudian meminta maaf kerana dia tidak menyangka perbuatannya itu sebenarnya kasar.

Kalau saya menjadi selebriti itu, saya tidak akan duduk diam tetapi saya akan panggil pelawak itu ‘bengong’ juga. Baru pada muka!

Pelawak seperti itu adalah pelawak yang sememangnya ‘bengong’ kerana dia tidak dapat membezakan pekerjaannya sebagai tukang lawak di pentas dengan sifatnya sebagai manusia biasa.

Jadi, pelawak seperti contoh ini kehidupannya akan penuh dengan angan-angan mat jenin, yang akhirnya mati jatuh pokok kelapa.

Pelawak hari ini harus bersyukur kerana masyarakat mula menerima kehadiran mereka dan seterusnya mendapat peluang yang luas untuk muncul di filem ataupun rancangan-rancangan televisyen.

Pelawak dulu seperti Allahyarham Yusof Chong dan Datuk Jamali Shadat tidak mendapat peluang seluas itu walaupun Yusof Chong sendiri telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana keupayaannya meniru 22 suara selebriti.

Yusof sendiri akan mengkaji sifat dan juga isu semasa seseorang selebriti sebelum dia menjadikannya sebagai bahan untuk dipersembahkan di pentas.

Ini bermakna dia telah studi terlebih dahulu sebelum melaksanakan kerjanya.

Segelintir pelawak sekarang ini menganggap dengan menampilkan wajah sendiri di atas pentas sudah cukup untuk membuatkan orang ketawa. Sebab itulah akhirnya mereka sendiri menjadi ‘bengong’.

Untuk berjaya sebagai pelawak, mereka harus faham, buat kerja lawak cukup-cukuplah di atas pentas. Bila turun pentas pergilah belajar bagaimana hendak menjadi pelawak yang bagus.

NIEZAM: Dapat cokodok free pun nak kecoh! Lawak... lawak... hahaha...!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

14 Pati Ditahan Polis Marin

Artikel Lain