suria

Ketua Bahagian Gerakan Dan Isteri Cedera Dalam Letupan Tangki Gas

PETALING JAYA: Seorang ketua bahagian Gerakan dan isterinya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur berikutan satu insiden letupan tangki gas di kediaman mereka di Subang Jaya pada awal Rabu.

Ketua Bahagian Subang, Francis Chong dan isterinya berada di dapur ketika tangki gas itu meletup pada kira-kira pukul 12.30 tengah malam.

Ketua Gerakan Selangor, A. Kohilan Pillai berkata, Chong mengalami kecederaan terbakar 20 peratus pada badannya manakala isterinya cedera lebih parah.

“Mereka masih di bawah pemerhatian dalam unit kebakaran di Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

Chong merupakan koordinator Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lanjan dan dilihat sebagai calon boleh menang oleh parti dalam pilihan raya akan datang.

Artikel Lain