suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

15 Wanita Vietnam Dan Thailand Ditahan, Terbabit Persundalan

KUANTAN: Sebanyak 15 wanita Vietnam dan Thailand ditahan di dua premis selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti persundalan.

Pegawai Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang ASP Noor Asyikin Shamsuri berkata siasatan mendapati kesemua mereka memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan pas terbabit telah tamat tempoh.

"Dalam tangkapan pertama di sebuah apartment di Jalan Haji Ahmad, seramai tiga wanita warga Vietnam berumur 20 hingga 23 tahun ditahan.

"Mereka ditahan pada 3.30 petang semalam dan kes itu disiasat di bawah Seskyen 372 B Kanun Keseksaan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Dalam kes berasingan pula katanya, 12 wanita warga Thailand ditahan di sebuah kafe di Jalan Beserah pada 11.45 malam tadi.

"Hasil pemeriksaan semua wanita berusia 18 hingga 29 tahun itu juga telah tamat tempoh lawatan sosial mereka ke negara ini," katanya.

Katanya polis turut menahan seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan. - BERNAMA

Artikel Lain