suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Umno P. Pinang Dakwa Speaker DUN Ada Kepentingan Projek Taman Tema

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang mendakwa kononnya Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Abdul Halim Hussain mempunyai kepentingan dalam projek taman tema "Escape" di Teluk Bahang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata sehubungan itu, pihaknya mahu kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung perkara itu agar rakyat Pulau Pinang tahu perkara sebenar.

"Saya nak tanya dan mahu penjelasan daripada kerajaan negeri dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng) tentang adakah benar projek (taman tema) yang dibangunkan di tanah milik syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) di Teluk Bahang itu mempunyai kaitan dengan Speaker DUN," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Musa mendakwa mempunyai bukti berhubung perkara berkenaan dan akan mendedahkannya jika kerajaan negeri tidak mahu memberi penjelasan berhubung isu terbabit dalam minggu ini. -BERNAMA

Artikel Lain