suria

SPRM Tahan Kapal Pengangkut Di Jeti LKIM Kuala Kedah

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal pengangkut yang dipercayai dari Thailand kerana cuba menyeludup keluar minyak diesel ke negara itu.

Penolong Pesuruhjaya SPRM Mustafa Kamal Ahmad berkata pihaknya menemui kira-kira 300,000 liter diesel dalam tangki kapal tersebut dengan nilai selepas subsidi berjumlah kira-kira RM540,000.

"Kita telah menahan kapal pengangkut itu kira-kira pukul 11 pagi tadi di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Ia telah berlabuh di jeti itu sejak empat hari lalu.

"Penahanan ini adalah hasil maklumat awam dan kita berjaya menahan kapal itu bersama tujuh orang anak kapal rakyat Thailand berumur antara 33 tahun dan 70 tahun," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan pihaknya kini sedang mengesan lokasi terbabit dalam kes penyeludupan minyak itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain