suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ada Pendekatan Baharu Dalam Belanjawan 2013 - Ahmad Husni

ALOR SETAR: Belanjawan 2013 bakal menyaksikan beberapa pendekatan baharu dalam usaha meningkatkan kekuatan ekonomi negara di samping memastikan kebajikan rakyat terbela.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, namun menegaskan kerajaan akan terus menjaga kebajikan rakyat seperti sebelum ini.

"Kita sedang memperkemas (belanjawan) di peringkat akhir... kita akan mengetengahkan pendekatan baru demi kebajikan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuala Kedah, dekat sini Jumaat.

Dalam perkembangan lain, beliau meluluskan peruntukan RM100,000 kepada bahagian itu bagi membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata bagi menghadapi pilihan raya umum kali ini, usaha perlu dilipat gandakan dan tumpuan perlu diberikan kepada pengundi terutamanya yang pertama kali akan mengundi.

Husni berkata, walaupun sudah banyak kali menghadapi pilihan raya, kali ini semua pihak perlu berusaha lebih daripada yang pernah dibuat dalam sejarah pilihan raya sebelum ini.

"Bagi negeri-negeri di bawah pembangkang, kita kena kerja lebih kuat, kena tawan balik kerana kita nak menuju kepada negara berpendapatan tinggi, ini adalah hasrat kerajaan persekutuan.

"Jadi mesti pastikan semua negeri ikut proses yang sama, kita tidak mahu ada negeri ketinggalan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain