Pindaan Akta 114A Letak Tanggungjawab Berat Kepada Pendakwa Raya - Peguam Negara - Semasa | mStar

Pindaan Akta 114A Letak Tanggungjawab Berat Kepada Pendakwa Raya - Peguam Negara

PUTRAJAYA: Pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 meletakkan tanggungjawab berat kepada pihak pendakwa raya untuk membuat siasatan menyeluruh sebelum mengemukakan sebarang pertuduhan, kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata pendakwaan tidak boleh dibuat terhadap seseorang semata-mata kerana nama seseorang itu dikaitkan dengan penyiaran mana-mana artikel, kerana masih ada banyak perkara lain yang perlu dibuktikan terlebih dahulu.

Katanya pertama sekali artikel itu mesti dibuktikan bersifat ofensif yang menjadi satu kesalahan, dan keduanya siasatan perlu membuktikan bahawa orang itu sendiri yang menulis artikel berkenaan atau menyiarkan artikel berkenaan di internet.

"...kerana kita pun tahu nama orang boleh diperalat, dipergunakan. Ramai juga nama orang Abdul Gani di Malaysia ini, atau mungkin ada orang lain yang gunakan namanya. Kita tidak akan tuduh terus seseorang itu, siasatan perlu dibuat untuk tentukan fakta ini, jika tidak ini bermakna kita tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi penjelasan mengenai peruntukan Seksyen 114A akta berkenaan di bilik mesyuarat Jabatan Peguam Negara di sini. Seksyen 114A adalah satu daripada dua pindaan terhadap Akta Keterangan yang diwartakan Julai lepas, yang mendapat reaksi daripada pelbagai pihak termasuk kalangan pengguna Internet.

Antara kritikan terhadap pindaan itu, ia dikatakan boleh mendakwa mereka yang menyiar dan menyalin semula atau memaparkan kandungan seperti hasutan dan fitnah, walaupun bukan mereka yang menghasilkan bahan itu.

Gani berkata daripada satu segi memang pihaknya berhasrat menyegerakan siasatan dan pendakwaan, namun akhirnya segala aspek kena dibuktikan dengan menyeluruh terlebih dahulu sebelum pertuduhan boleh dibuat. "Kalau anda ada komputer, saya perlu buktikan yang anda memuat naik artikel itu dari komputer anda, dan saya perlu buktikan yang anda mempunyai kemudahan internet, jika tidak saya tidak boleh buktikan kes saya," katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang mendengar pandangan semua pihak mengenai pindaan itu termasuk Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) dan Majlis Peguam dan pihaknya hanya akan mengemukakan sebarang saranan dan cadangan selepas mendengar semua pandangan.

Menurutnya antara yang akan diberi perhatian adalah soal berkaitan notis buat pembekal perkhidmatan untuk memberi kerjasama dalam siasatan sesuatu kes. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain