suria

MCA Tidak Abai Pendidikan Masyarakat Cina

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA sentiasa komited memastikan pendidikan masyarakat Cina tidak terabai dengan berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa ke semasa, kata Pengerusi Biro Pendidikannya Chong Sin Woon.

Untuk itu, katanya MCA akan mengadakan siri jelajah ke beberapa negeri bagi menerangkan mengenai pendidikan masyarakat Cina termasuk mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung penggunaan bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina bagi murid tahun empat hingga enam.

Beliau berkata jelajah ke Melaka, Perak, Pahang, Terengganu, Kedah, Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu bermula esok hingga 24 September depan.

"Sebagai tanda prihatin, jelajah itu juga akan mengutip derma untuk Sekolah Menengah Chong Hwa di Kuantan," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda MCA Kebangsaan ke-14 di Wisma MCA, Selasa.

Ditanya mengenai perhimpunan 'Sokong Gerakan Bantahan' anjuran Pergerakan Pendidikan Cina Dong Zong pada Rabu depan, Chong berkata ia adalah usaha pihak yang cuba menafikan kesungguhan MCA untuk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat Cina di negara ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain