suria

Adik Maut, Kakak Parah Dilanggar Keretapi

SUNGAI PETANI: Seorang gadis maut manakala kakaknya cedera parah dilanggar keretapi sewaktu menyeberang kawasan lintasan di sini tengah malam Sabtu.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, Nalini Devi a/p Kanabal, 18, maut di tempat kejadian sementara kakaknya, Rani, 20, cedera di kepala dan kaki dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superitendan Ong Aik Chang berkata, kedua-dua beradik itu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah mereka di Taman Kelisa Ria.

"Mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran itu dipercayai cuba melintasi laluan yang sudah pun ditutup dengan palang kepada kenderaan.

Motosikal mereka dipercayai tersangkut pada rel semasa dilanggar dan diseret lebih 200 meter," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain