suria

Polis Tahan 114 Penagih Dadah Dalam Operasi di Kok Lanas & Ketereh

KOTA BAHARU: Polis menahan seramai 114 penagih dadah termasuk tiga wanita dalam "Ops Tapis Bersepadu" yang dilakukan di sekitar kawasan Kok Lanas dan Ketereh di sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azham Othman berkata penagih dadah terbabit yang berusia antara 15 dan 35 tahun ditahan dalam operasi yang bermula pukul 1 pagi dan berakhir pukul 11 pagi.

"Operasi yang diketuai Insp Suhadi Saedon bersama 12 pegawai dan 84 anggota itu turut berjaya merampas 75 biji pil kuda jenis Yaba," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini.

Azham berkata kesemua penagih dadah itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Baharu di sini, esok untuk mendapatkan tahanan reman. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain