suria

Lelaki Myanmar Ditemui Mati Ditetak

KUANTAN: Seorang lelaki rakyat Myanmar ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala di kebun buah-buahan dekat Kampung Gali Tengah, Raub pada Khamis.

Mayat lelaki yang tidak berbaju dan hanya memakai seluar panjang itu ditemui dalam keadaan tertiarap dan penemuan itu dimaklumkan kepada polis oleh seorang wanita berusia 44 tahun kira-kira pukul 12 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Superitendan Azhar Abdul Rahman berkata, lelaki itu adalah pekerja di kebun itu.

Polis kini mencari seorang lelaki rakyat Myanmar yang merupakan rakan lelaki itu yang kini tidak dapat dikesan bagi membantu siasatan, katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi talian 09-3554999 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Lain