suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir: Wisma Putra Saran Rakyat Malaysia Tangguh Perjalanan Ke Manila

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia yang berhasrat berkunjung ke Metro Manila atau wilayah sekitarnya agar menangguhkan perjalanan mereka akibat banjir yang melanda kawasan tersebut.

Dalam satu kenyataan, ia turut menasihati rakyat Malaysia yang telah berada di bandaraya itu agar mengambil langkah keselamatan yang sewajarnya dan mengelak kawasan banjir selain mematuhi arahan dan amaran pihak berkuasa Filipina.

Kementerian tersebut berkata banjir di Manila dilaporkan melanda beberapa bahagian bandaraya sementara semua sekolah dan sesetengah pejabat kerajaan diarah tutup.

Kedutaan Malaysia di Manila telah menghubungi semua rakyat Malaysia yang mendaftar dengannya dan setakat ini dilaporkan tiada rakyat Malaysia yang menghadapi kesukaran akibat banjir.

Kedutaan sedang memantau keadaan dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Filipina.

Kedutaan Malaysia di Manila boleh dihubungi di alamat Tingkat 29-30, The World Center Building, No 330, Sen Gil J. Puyat Avenue, 1200, Manila, talian (632) 8640761, faksimili (632) 8640727. -BERNAMA

Artikel Lain